Followers

Monday, March 28, 2011

Mengharap syurgaMU

Diketika ini

Aku masih bertanya tentang diri

Dimana akhirnya penghujung hidup

Bersama sedikitnya amalan baik atau balasan membakar diri....

Wahai yang maha Pengasih dan maha Penyanyang

Aku masih mengharap keredhaanMu

Mengharap petunjuk dan kebenaran

Mengharap pengampunan dari kejahilan dan kezaliman diri.... Mengharap syurgaMU

Thursday, June 7, 2007

Sembilu

Malam ini, rasa terhiris hati ini
Dengan kata yang tak pernah ku jangka
Dari seseorang yang ku layan baik ... ku manjakan
tidak mahu aku guriskan hatinya

Malam ini mampu aku sabar
Jadikan sakitnya hati, sebaknya dada
Manis diri hadapi dugaan

Paginya masih terasa
Sepanjang perjalanan ... terasa sakit
Gegarnya badan

Teringat aku, kata ibu
Buat baik berpada-pada.. jahat jangan sekali
Kalau terlalu baik, orang akan naik kepala
tak kira siapa orang itu, miskin ke.. kaya ke ...

Manusia, ada yang tak dapat tahan perasaan amarah
Ubat untuk yang sakit adalah sabar .. sabar
Lalu aku pujuk hatiku
Sabar dan tidak membesar apa berlaku
SABAR !!!!!

6 Jun 07